Operasi Khidmat Masyarakat atau OPKIM sesi 2013/2014
telah dijalankan pada 5 hingga 8 April 2014 bertempat di Langkap, Perak.
Program ini melibatkan 33 orang mahasiswa-mahasiswi yang menjadi anak angkat
selama 4 hari 3 malam bersama 9 buah keluarga angkat di Kg Attaduri, Langkap,
Perak. Program ini mendapat sokongan penuh oleh Pejabat Parlimen Pasir Salak,
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sg. Manik, Pejabat Penghulu Mukim Changkat Jong,
Ketua JKKK Langkap, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, Pihak Kebajikan
Masyarakat (KEMAS) Langkap dan juga pihak Sek Keb Seri Langkap.
5
APRIL 2014 (SABTU)
Kehadiran kami pada sekitar jam 2.00 petang di
Langkap Perak telah disambut baik oleh pihak JKKK Kg Langkap, Perak iaitu
ketuanya En Noor Azman Bin Ashkar, di Masjid Al-Makmur, Langkap. Kami juga
berbesar hati dengan kehadiran YB Dato’ Haji Zainol Fadzi B Hj Paharudin, YB
ADUN Sg Manik, yang turut hadir untuk merasmikan sesi penyerahan anak angkat
serta memberikan ucapan terima kasih kerana sudi memilih Langkap sebagai tempat
untuk OPKIM dari Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya ini. Selepas sesi
penyerahan tersebut, kami dibawa ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Mengikut jadual yang telah dirancang, kami akan mengadakan aktiviti sukaneka di
sebelah petang. Namun, disebabkan hujan yang agak lebat pada waktu itu
menyebabkan kami terpaksa menukar jadual aktiviti kami. Di sini, kami diuji
untuk sentiasa fleksible dengan keadaan semasa. Pada waktu petang tersebut,
kami telah mengemas balai raya yang ada di kampung tersebut yang akan dijadikan
bilik gerakan kami sepanjang program berlangsung. Sebahagian dari kami telah
berkunjung dari rumah ke rumah yang berdekatan untuk melakukan aktiviti
publisiti dengan memberikan “brochure” aturcara program.
Di sebelah malam, para peserta dan keluarga masing-masing
berkumpul di dewan balai raya untuk sesi ramah mesra dengan penduduk setempat.
Majlis ini dihadiri oleh Ketua JKKK Langkap iaitu En Noor Azman Ashkar. Sesi
dimulakan dengan taklimat dari felo penasihat program OPKIM, En Hazren Mohd
mengenai Universiti Malaya dan diteruskan dengan sesi pengenalan mengenai
Langkap dari En Noor Azman. Kemudian, sesi pada malam itu diteruskan dengan
aktiviti santai bersama penduduk setempat. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah permainan super spontan dan regu antara kumpulan. Dari sini, kelihatan
hubungan antara para peserta dan ibubapa dapat dieratkan. Aktiviti seperti ini
perlu diteruskan sebagai “ice breaking antara ibu-bapa angkat dan para peserta
OPKIM. Sesi pada malam tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu tema OPKIM iaitu
“Kenangan Terindah”.
6
APRIL 2014 (AHAD)
Di hari kedua, para peserta OPKIM berkumpul seawal
jam 8.00 pagi dan diikuti dengan kehadiran keluarga angkat masing-masing bagi
aktiviti senamrobik mega yang dikendalikan oleh biro sukan dan kesenian OPKIM.
Aktiviti lain yang diadakan pada pagi tersebut ialah sukaneka rakyat,
pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah. Kami juga telah berjaya
menjemput pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan Klinik Kesihatan
Langkap untuk mengadakan pameran kesihatan mengenai pencegahan nyamuk aedes dan
juga pemeriksaan kesihatan dan serviks khas untuk kaum ibu. Aktiviti pada sesi
pagi telah diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan kepada semua pemenang sukaneka dan mewarna
untuk kanak-kanak. Dianggarkan aktiviti kami pada sesi pagi tersebut berakhir
pada jam 12.30 tgh hari. Secara keseluruhannya, sesi pagi sangat meriah dengan
kehadiran para ibu bapa, penduduk kampung, para belia dan juga kanak-kanak.
Pada sebelah petang, para pelajar diminta berkumpul
pada jam 3 bagi sesi gotong royong. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan akan membersihkan kawasan dewan, manakal kumpulan seterusnya akan
membersihkan tadika. Antara aktiviti gotong-royong yang dijalankan di dewan
ialah aktiviti menanam pokok, membersihkan kawasan padang dan membersihkan
kawasan dewan. Manakala di tadika pula, aktiviti yang dijalankan ialah menanam
pokok, melukis dan mengecat mural serta membersihkan kawasan tadika. Kami juga
ada membuat penglabelan “OPKIM” pada setiap pokok yang telah kami tanam. Aktiviti
ini diteruskan sehingga jam 6 petang.
Pada waktu malam pula, aktiviti diteruskan dengan program
ceramah perdana dari Ustaz Mizra Helmi Bin Abu Bakar, Penasihat Agama Bahagian
Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya. Cerama yang disampaikan adalah bertajuk “Kasih
Sayang Pengikat Kebahagiaan” di Masjid Al-Makmur, Langkap. Setelah selesai sesi
ceramah dan jamuan ringan, para peserta OPKIM berkumpul untuk sesi postmortem dan
taklimat bagi hari seterusnya.
7 APRIL 2014 (ISNIN)
Seawal jam 7.30 pagi, para peserta OPKIM diminta
untuk berkumpul di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap bagi program interaksi
bersama para pelajar tahun 6 di sekolah tersebut. Aktiviti pada pagi itu
dimulakan dengan penyampaian ucapan dari wakil peserta OPKIM semasa perhimpunan
sekolah tersebut. Seramai 3 orang peserta OPKIM telah dipilih bagi mnyampaikan
sedikit ucapan dan berkongsi pengalaman sambil menyuntik semnagat adik-adik
sekolah untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Para pelajar yang terpilih ialah
Shamil Arif dari Fakulti Perubatan, Nurul Umairah dari Fakulti Kejuruteraan dan
Mohamad Azri dari Akademi Pengajian Islam.
Setelah selseai perhimpunan, kami berkumpul di dewan
sekolah bagi membuat persedian sebelum bermulanya program. Pada jam 8.30 pagi,
para pelajar tahun 6 tiba di dewan tersebut dan program dimulakan dengan sesi
perkenalan diri oleh para mahasiswa Universiti Malaya. Selepas itu, majlis
diteruskan lagi dengan sesi “ice breaking”. Kemudian, para pelajar dibahagikan
kepada sepuluh kumpulan. Aktiviti pertama ialah aktiviti membina monumen yang
menggambarkan kumpulan tersebut. Setiap kumpulan diberi bahan yang sama iaitu
belon, getah, surat khabar, straw dan pen marker. Setiap kumpulan berjaya
menghasilkan pelbagai bentuk monumen yang sangat kreatif berdasarkan nama
kumpulan mereka. Objektif aktiviti ini ialah untuk meningkatkan pemikiran
kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Aktiviti kedua pula diberi nama
imaginasi. Mereka perlu melukis gambar mengikut arahan yang diberi. Arahan yang
diberi adalah mengikut turutan yang sama bagi setiap kumpulan. Disini, para
pelajar dapat diuji sama ada mereka mengikut arahan yang diberi atau
sebaliknya.
Pada jam 11.00 pagi program diteruskan lagi dengan
ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hasyiq Abd Samad yang
merupakan bekas pelajar Fakulti Pendidikan, UM dan juga alumni bagi Kolej
Kediaman Pertama. Ceramah motivasi yang diberikan adalah berkenaan persediaan
bagi menghadapi peperiksaan. Dalam slot ceramah ini ada ditekankan mengenai
kepentingan menghormati dan menyayangi ibu bapa. Dari sinilah dapat dilihat
hati sebenar adik-adik ini yang sebenarnya amat sayang kepada ibu bapa mereka.
Program diteruskan lagi dengan satu lagi aktiviti LDK iaitu “siapa cepat”.
Objektif program ini adalah untuk mengetahui kepekaan para pelajar dan menguji
pengetahuan am yang mereka ada. Program interaksi ini diakhiri dengan majlis penutup
dan penyampaian hadiah kepada para pelajar. Majlis ini dihadiri oleh Guru Besar
SK Seri Langkap, En Johari Bin Shaarani serta felo penasihat bagi OPKIM iaitu Encik
Hazren Mohd. Kami sempat mengambil gambar kenan-kenangan bersama semua
adik-adik sekolah tersebut.
Setelah berehat di rumah keluarga angkat
masing-masing, kami berkumpul semula di bilik gerakan pada jam 4.30 petang. Setiap
biro masing-masing mula melakukan persiapan berdasarkan pembahagian kerja yang
telah dilakukan untuk aktiviti pada malam tersebut iaitu malam citrawarna OPKIM.
Majlis pada malam itu bermula seawal jam 8.00 malam
dimana para hadirin, tetamu jemputan, ibu bapa angkat dijemput untuk menikmati
jamuan makan malam terlebih dahulu di dewan balai raya. Jamuan makan malam
tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh YB ADUN Sg Manik sendiri. Tema pada malam
itu adalah berpakaian tradisional melayu. Majlis pada malam itu bermula dengan
kehadiran tetamu jemputan iaitu Ketua Kampung Langkap, En Noor Azman Ashkar
selaku mewakili YB ADUN yang tidak dapat hadir pada malam itu. Beliau diiringi oleh
Felo Penasihat OPKIM, En Hazren Mohd, Timbalan Presiden JTK, saudara Shamil
Arif dan Pengarah OPKIM, saudari Waheeda. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
negaraku, lagu negeri perak dan lagu Universiti Malaya. Kemudian, majlis
diteruskan dengan ucapan pengarah program, ucapan felo penasihat dan ucapan
perasmian dari ketua kampung. Pada malam tersebut, kami ada menyediakan
pelbagai persembahan yang bertemakan kemasyarakatan. Antaranya ialah deklamasi
puisi, nyanyian dan juga drama yang bertajuk “gejala sosial”. Kami juga amat
berbesar hati apabila pihak kampung langkap juga ada menyediakan persembahan
khas dari mereka iaitu persembahan kompang melayu dari pasukan kompang Kg
Attaduri. Persembahan pada malam itu diselang-seli dengan acara cabutan bertuah
dan juga persembahan multimedia video menayangkan gambar-gambar kenangan semasa
program dijalankan. Pihak kami juga turut memberikan cenderahati kepada semua
keluarga angkat yang terlibat untuk program OPKIM ini. Majlis pada malam itu
diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua keluarga angkat.
8
APRIL 2014 (SELASA)
Pada hari terakhur program, semua peserta OPKIM
diarah untuk berkumpul di Rumah Sejahtera Orang Tua Langkap pada jam 9.00 pagi.
Aktiviti lawatan kami dimulakan dengan sesi penerangan dan taklimat yang diberikan
oleh penyelia rumah sejahtera tersebut iaitu Tuan Haji Musa. Setelah itu, para
pelajar dibawa untuk beramah mesra dengan para penghuni rumah sejahtera
tersebut. Bilangan penghuni di situ hanyalah 6 orang. Setelah itu, kami
menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk barangan dapur dan cenderahati dari
pihak kolej kepada semua penghuni rumah Orang Tua Langkap dan seterusnya sesi
bergamabar. Ada para peserta yang tersentuh hati melihat kehidupan orang-orang
tua yang ditinggalkan oleh keluarga mereka di situ.
Program tamat pada jam 11.30 pagi dan para pelajar
diarahkan untuk berkumpul di hadapan bangunan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sg
Manik. Di sinilah destinasi terakhir para peserta OPKIM Kolej Kediaman Pertama
sesi 2013/2014 untuk bersama dengan keluarga angkat mereka. Semua peserta
bersalam-salaman dan bermaaf-maafan denga keluarga angkat masing-masing. Ada
yang mendapat cenderahati sebagai kenang-kenangan daripada keluarga angkat
mereka. Suasana sedih dan sayu menyelubungi perkarangan bangunan pusat khidmat
masyarakat itu. Sesi perpisahan itu juga turut dihadiri Ketua Kampung Langkap
yang juga banyak memberikan kerjasama sepanjang program OPKIM ini berlangsung.
Bas bertolak pada jam 1.00 petang dan selamat sampai ke Universiti Malaya pada
jam 3.00 petang.
Akhir kata, diharapkan program OPKIM ini dapat
diteruskan lagi pada sesi akan datang serta melibatkan lebih ramai
mahasiswa-mahasiswi dan keluarga angkat dalam program ini. Sesungguhnya banyak
kebaikan dan kelebihan yang dapat diperoleh oleh semua pihak daripada program
ini terutamanya bagi pihak mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya sendiri. Tanpa
kerjasama dari pihak Parlimen Pasir Salak, ADUN Sg Manik, Klinik Kesihatan
Daerah Hilir Perak, Hal-Ehwal pelajar Universiti Malaya, JKKK Kampung Langkap,
keluarga angkat dan semua jawatankuasa OPKIM, sudah pastinya program ini tidak
dapat berjalan sempurna. Terima kasih diucapkan.
LAMPIRAN
ATURCARA
PENUH PROGRAM
Tarikh
|
Masa
|
Aktiviti
|
Tempat
|
5 April 2014 (Sabtu)
|
9.00 pagi
1.00 petang
2.00 petang
5.00 petang
7.00 petang
9.00 malam
11.00 malam
|
Bertolak dari
Universiti Malaya ke lokasi
Tiba di lokasi dan
makan tengah hari
Majlis Penyerahan Anak
Angkat dan Sesi Suai Kenal bersama JKKK Kampung
Aktiviti Sukaneka
Solat Maghrib dan Solat
Isyak
Program Ramah Mesra
bersama Pemimpin Setempat
Taklimat dan rehat
|
Masjid Langkap
Padang (Balai Raya)
Balai Raya
|
6 April 2012 (Ahad)
|
6.00 pagi
7.30 pagi
8.30 pagi
9.30 pagi
12.00 tgh har i
3.00 petang
5.00 petang
7.00 malam
9.00 malam :
11.00 malam
|
Solat Subuh dan
persiapan diri
Sarapan pagi
Sesi Senam Seni
1Malaysia bersama masyarakat kampung
Ekspo Jualan, Kempen
Kesihatan dan Derma Darah
Makan tengah hari dan
Solat Zohor
Program Gotong-Royong
Ceriakan Tadika
Sesi bersama keluarga
angkat
Solat Maghrib, Bacaan
Yassin, Tahlil, Solat Hajat dan Solat Isyak Berjemaah bersama masyarakat
kampung
Forum Perdana
Taklimat dan rehat
|
Padang (Balai Raya)
Tadika KEMAS, Balai Raya
Masjid
Masjid
|
7 April 2014 (Isnin)
|
6.00 pagi
6.30 pagi
7.00 pagi
1.30 petang
2.00 petang
4.00 petang
8.00 malam
11.00 malam
|
Solat Subuh dan
persiapan diri
Sarapan pagi
Program “Interaksi
OPKIM” bersama para pelajar sekolah rendah
(SK Seri Langkap)
Makan tengah hari dan
Solat Zohor
Sesi bersama keluarga
angkat
Sesi persediaan Malam
Citrawarna
Malam Citrawarna dan
Majlis Penyerahan Semula Anak Angkat
Taklimat dan rehat
|
Dewan Sekolah
Balai Raya
Balai Raya
|
8 April 2014 (Selasa)
|
6.00 pagi
6.30 pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
|
Solat Subuh dan
persiapan diri
Sarapan pagi
Program “Masih Ada yang
Sayang” di Rumah Sejahtera Orang-Orang Tua Langkap
Bertolak pulang ke
Universiti Malaya
|
Rumah Sejahtera Langkap
|
GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG PROJEK BERLANSUNG